Teringat balik keadaan ambo pada awal tahun ni. Minat kepada Internet & Affiliate Marketing membuatkan ambo duduk tetap didepan notebook. Jam dah pukul 12 tengah malam, tapi banyak yang nak dibereskan ni… menyusun pesanan, menjawap email, post kat wall personal, rangka untuk fan page Abdullahisham – Internet & Affliate Marketer, dengan belajar tentang Internet & Affiliate Merketer dari ebook2 yang telah didownload, belajar dari video2 yang didownload dan dari youtube… Sesi belajar sahaja pun dah berjam-jam.
Nak selesaikan fan page lagi, cari grafik yang sesuai, nak edit grafik dengan photoshop… aduhhh banyak perkara diatas batu jembala ambo ni. Jam dah pukul 1.30 pagi, nak berhenti ke, nak tidur? tapi minat dan rasa nak selesaikan banyak perkara menyebabkan ambo tangguh lagi untuk tidur. Isteri dan anak2 dah lama nyenyak. Ambo sibuk dengan dunia ambo dinotebook!
Akhirnya jam 2.30 pagi, ambo menyerah… bantal ambo cari dan zzzzzzz….. Continue reading





